Firma akauntan di Kuala Lumpur untuk SME — akaun, cukai, audit & cosec
Ibu pejabat Tengku Azrul & Co terletak di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. Dari sini kami uruskan perakaunan, cukai, audit dan setiausaha syarikat untuk perniagaan di Lembah Klang dan seluruh Malaysia.
Semua urusan akaun & pematuhan syarikat, satu firma
Tengku Azrul & Co (TAZC) ialah pusat sehenti untuk setiausaha syarikat, perakaunan, cukai dan audit. Anda berurusan dengan satu pasukan, bukan empat vendor berbeza.
- 5 Chartered Accountant — Diketuai 5 Chartered Accountant, disokong pasukan profesional lebih 20 orang.
- Sejak 2018 — Telah membantu lebih 300 perniagaan di Malaysia.
- Berdaftar & berlesen — Firma ahli MIA, Ejen Cukai Berlesen LHDN, Setiausaha Syarikat Berlesen SSM.
- Satu pusat sehenti — Cosec, accounting, cukai, audit dan penubuhan Sdn Bhd di bawah satu bumbung.
- Company SecretarySetiausaha syarikat berlesen untuk pematuhan statutori SSM.
- Accounting & BookkeepingFull-set accounting, management account bulanan dan penyata kewangan.
- Cukai & SSTPengiraan, pemfailan dan perancangan cukai bersama ejen cukai berlesen.
- Audit & AssurancePenyediaan akaun dan dokumen yang sedia untuk diaudit.
- Penubuhan Sdn BhdDaftar syarikat Sdn Bhd dan urusan SSM dari mula.
Ibu Pejabat — Kuala Lumpur
Hubungi
Talian pejabat: 03-4821 4961
WhatsApp: 03-4821 4961
Emel
marketing.tazc@gmail.com
aliyah.tazc@gmail.com
Waktu
Isnin–Jumaat. Hubungi dahulu sebelum datang.
Kenapa pilih firma tempatan di KL
Pemilik SME di Kuala Lumpur selalunya berdepan tiga tekanan serentak: akaun bulanan yang tertunggak, tarikh akhir cukai LHDN, dan pematuhan tahunan SSM. Bila setiap satu diuruskan oleh pihak berbeza, maklumat mudah tercicir.
Di TAZC, akauntan, ejen cukai berlesen dan setiausaha syarikat berlesen bekerja dalam satu pasukan. Akaun yang kami sediakan terus digunakan untuk pengiraan cukai dan dokumen audit — tiada kerja berulang.
Baru nak mula? Baca panduan cara daftar SSM online, penubuhan Sdn Bhd dan e-Invois LHDN.
Firma akauntan di Kuala Lumpur — soalan lazim
Di mana pejabat Tengku Azrul & Co di Kuala Lumpur?
Ibu pejabat kami di 29-1, Jalan 2A/6, Taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur. Hubungi 03-4821 4961 sebelum datang supaya pasukan kami boleh bersedia.
Apa perkhidmatan yang ada di pejabat KL?
Setiausaha syarikat (cosec), accounting dan bookkeeping, cukai dan SST, audit, serta penubuhan syarikat Sdn Bhd.
Saya bukan di Kuala Lumpur. Boleh guna khidmat TAZC?
Boleh. Kami ada cawangan di Bangi dan Kuantan, dan melayani perniagaan di seluruh Malaysia.
Macam mana nak mula?
Mulakan dengan konsultasi percuma melalui WhatsApp atau telefon di 03-4821 4961. Pasukan kami akan terangkan dokumen yang diperlukan dan langkah seterusnya.
Kami juga ada di
- Bangi, SelangorSeksyen 8, Bandar Baru Bangi
- Kuantan, PahangSri Dagangan Business Centre
Perlukan akauntan di Kuala Lumpur?
Mulakan dengan konsultasi percuma. Ceritakan keadaan syarikat anda, kami terangkan langkah seterusnya.