Shopee Affiliate merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan secara online dengan mempromosikan produk yang dijual di Shopee. Anda tidak perlu mempunyai produk sendiri, menyimpan stok atau menguruskan penghantaran kepada pelanggan.
Secara asasnya, anda mempromosikan produk melalui kandungan atau saluran yang dibenarkan. Apabila seseorang membuat pembelian yang layak melalui promosi affiliate anda, anda berpeluang menerima komisen.
Jika anda baru hendak bermula, panduan cara daftar Shopee Affiliate ini akan menerangkan proses daripada pendaftaran akaun, sambungkan media sosial, mula mempromosikan produk sehinggalah melengkapkan maklumat pembayaran dan cukai untuk menerima komisen.
Apa Itu Shopee Affiliate?
Shopee Affiliate Program ialah program affiliate yang membolehkan seseorang memperoleh komisen dengan mempromosikan produk di Shopee.
Salah satu kaedahnya ialah menghasilkan affiliate link unik dan berkongsinya melalui media sosial. Apabila pembeli membuat pembelian yang layak selepas menggunakan affiliate link tersebut, affiliate boleh memperoleh komisen.
Selain perkongsian melalui media sosial, Shopee turut menyediakan peluang menjana pendapatan melalui saluran seperti Shopee Video dan Shopee Live.
Konsep asasnya:
Pilih produk → Promosikan produk → Pembeli membuat pesanan → Pesanan disahkan → Komisen dijana
Anda tidak perlu menjadi seller produk tersebut untuk menyertainya.
Siapa Boleh Daftar Shopee Affiliate?
Berdasarkan syarat pendaftaran Shopee Affiliate Malaysia semasa, antara kriteria yang dinyatakan ialah:
- berumur 18 tahun dan ke atas;
- merupakan pengguna tempatan di Malaysia;
- akaun media sosial yang digunakan perlu ditetapkan kepada public;
- mempunyai akaun media sosial untuk dihubungkan dan disahkan; dan
- kandungan tidak melibatkan topik sensitif seperti politik, agama, keganasan atau kandungan seumpamanya.
Shopee menggunakan akaun media sosial yang disambungkan untuk mengesahkan pemilikan akaun serta menilai kelayakan permohonan dan pematuhan terhadap garis panduan program.
Perlu Berapa Followers untuk Daftar Shopee Affiliate?
Dalam panduan pendaftaran rasmi Shopee Affiliate semasa, Shopee tidak menetapkan jumlah minimum followers sebagai salah satu kriteria umum pendaftaran.
Apa yang dinyatakan ialah akaun media sosial perlu public dan perlu disambungkan untuk proses verification.
Namun, program atau kempen tertentu dalam ekosistem Shopee Affiliate boleh mempunyai syarat tambahan.
Sebagai contoh, Shopee Affiliate Ads untuk kandungan TikTok mempunyai syarat tersendiri, termasuk minimum 1,000 followers TikTok. Ini ialah syarat program tersebut dan bukannya syarat umum untuk mendaftar sebagai Shopee Affiliate.
Cara Daftar Shopee Affiliate
Untuk pengguna baharu, cara daftar Shopee Affiliate boleh dilakukan terus melalui aplikasi Shopee.
Langkah 1: Buka Aplikasi Shopee
Log masuk ke akaun Shopee anda.
Kemudian pergi ke:
Me → Shopee Affiliate
Shopee akan membawa anda ke Shopee Affiliate Platform untuk memulakan proses pendaftaran.
Langkah 2: Pilih Jenis Akaun
Ikut arahan yang dipaparkan dan pilih jenis akaun yang paling sesuai dengan keadaan anda.
Kemudian lengkapkan maklumat yang diminta untuk akaun Shopee Affiliate.
Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat kerana sebahagiannya akan digunakan dalam proses pengesahan akaun.
Langkah 3: Pilih Platform Promosi
Seterusnya, pilih platform media sosial yang akan digunakan untuk mempromosikan produk Shopee.
Anda perlu memasukkan pautan ke akaun media sosial tersebut.
Shopee memerlukan proses ini untuk mengesahkan bahawa akaun media sosial tersebut benar-benar berkaitan dengan pemohon.
Langkah 4: Sambungkan Akaun Media Sosial
Akaun media sosial yang dipilih perlu melalui proses authorization.
Shopee menyatakan proses ini digunakan antaranya untuk:
- mengesahkan pemilikan akaun;
- membantu mencegah aktiviti fraud;
- menilai kelayakan menyertai program;
- memastikan kandungan mematuhi community guidelines; dan
- menentukan kelayakan untuk manfaat kempen tertentu jika berkenaan.
Pastikan akaun media sosial anda berada dalam keadaan public.
Langkah 5: Masukkan Maklumat Hubungan
Masukkan nombor telefon dan alamat e-mel yang diminta.
Semak semula maklumat sebelum meneruskan permohonan.
Langkah 6: Hantar Declaration
Selepas semua maklumat selesai:
- semak maklumat yang dimasukkan;
- tandakan declaration checkbox; dan
- tekan Confirm.
Akaun media sosial anda kemudian akan dihantar untuk authorization.
Selepas proses tersebut berjaya, anda akan dibawa kembali ke Shopee untuk meneruskan dan melengkapkan pendaftaran.
Apa Berlaku Selepas Daftar Shopee Affiliate?
Selepas akaun media sosial berjaya disambungkan, permohonan anda boleh melalui proses review oleh Shopee.
Shopee boleh menilai profile dan content bagi memastikan akaun memenuhi syarat program dan community guidelines.
Selepas akaun affiliate aktif, anda boleh mula menggunakan fungsi affiliate yang tersedia untuk mempromosikan produk.
Secara ringkas, perjalanan seorang affiliate boleh digambarkan seperti berikut:
| Peringkat | Apa Berlaku |
|---|---|
| 1. Daftar | Mohon menyertai Shopee Affiliate |
| 2. Verification | Sambungkan dan sahkan akaun media sosial |
| 3. Promote | Promosikan produk melalui saluran affiliate |
| 4. Commission | Komisen dijana daripada pesanan yang layak |
| 5. Payment & Tax | Lengkapkan maklumat pembayaran dan cukai |
| 6. Payout | Komisen yang layak diproses untuk pembayaran |
Macam Mana Shopee Affiliate Dapat Komisen?
Selepas mengetahui cara daftar Shopee Affiliate, langkah seterusnya ialah memahami bagaimana komisen dihasilkan.
Bagi perkongsian melalui media sosial, affiliate boleh menghasilkan affiliate link unik untuk sesuatu produk dan mempromosikannya kepada audience.
Jika pengguna klik affiliate link tersebut dan membuat pembelian yang memenuhi syarat, affiliate boleh menerima komisen.
Kadar komisen tidak semestinya sama untuk setiap transaksi. Ia boleh berbeza mengikut faktor seperti kategori, jenis pesanan, jenis pelanggan serta jenis komisen yang ditawarkan.
Shopee kini membezakan antaranya antara:
Shopee Commission — komisen yang ditetapkan oleh Shopee.
Commission XTRA — komisen tambahan yang ditetapkan oleh seller bagi produk yang berkaitan.
Untuk perkongsian media sosial, Shopee juga menggunakan attribution window selama tujuh hari dan model last-click attribution bagi komisen yang diterangkan dalam model tersebut.
Adakah Semua Produk Beri Komisen Sama?
Tidak.
Jangan menganggap setiap produk memberikan kadar komisen yang sama.
Jumlah yang boleh diperoleh bergantung kepada mekanisme komisen semasa, produk, kategori, jenis pembeli, jenis order dan sama ada terdapat Commission XTRA.
Sebab itu sebelum mempromosikan sesuatu produk, semak kadar komisen yang dipaparkan dalam Shopee Affiliate Platform.
Boleh Promote Shopee Affiliate Dekat Mana?
Selepas akaun diluluskan, affiliate boleh menggunakan saluran yang tersedia dalam program.
Antara saluran yang dinyatakan Shopee ialah:
- social media;
- Shopee Video; dan
- Shopee Live.
Strategi kandungan pula boleh disesuaikan dengan platform yang digunakan.
Contohnya, anda boleh menghasilkan kandungan berbentuk:
- review produk;
- tutorial;
- unboxing;
- comparison;
- demonstrasi produk;
- problem-solution;
- recommendation; atau
- video pengalaman menggunakan sesuatu produk.
Matlamatnya bukan sekadar meletakkan pautan, tetapi membantu audience memahami mengapa produk tersebut relevan kepada mereka.
Dah Dapat Komisen, Kenapa Belum Masuk Bank?
Ini bahagian yang sangat penting dan sering mengelirukan beginner.
Berjaya daftar Shopee Affiliate dan berjaya menjana komisen tidak bermaksud Shopee terus boleh membuat payout kepada akaun bank anda.
Untuk menerima pembayaran komisen, Shopee mewajibkan affiliate menghantar Payment and Tax Information. Maklumat tersebut perlu melalui review sebelum commission payout boleh diproses.
Jika status Payment Information atau Tax Information masih belum diluluskan, anda belum layak menerima payout komisen.
Inilah sebabnya setup pembayaran jangan ditangguhkan selepas akaun affiliate anda diluluskan.
Cara Setup Payment Shopee Affiliate
Bagi Local Individual, anda boleh melengkapkan Payment & Tax Information melalui aplikasi atau web.
Dalam aplikasi Shopee:
Me → Shopee Affiliate → Account Settings → Payment Settings → Set Now
Anda kemudian perlu melengkapkan beberapa bahagian.
1. Account Type
Pilih kategori yang berkaitan.
Antara kategori yang disediakan ialah:
- Local Individual;
- Overseas Individual;
- Local Enterprise; dan
- Overseas Enterprise.
Bagi kebanyakan individu Malaysia yang menjalankan affiliate atas nama sendiri, kategori yang berkaitan ialah Local Individual, tertakluk kepada keadaan sebenar akaun masing-masing.
2. Tax Information
Untuk Local Individual, Shopee meminta maklumat seperti:
- bahagian hadapan Kad Pengenalan;
- nombor Kad Pengenalan;
- nama penuh;
- alamat;
- pilihan berkaitan perkhidmatan e-Invoice; dan
- Tax Identification Number (TIN), jika berkenaan.
Di sinilah nombor TIN mula menjadi penting kepada seorang Shopee Affiliate.
Apa Itu Nombor TIN Shopee Affiliate?
TIN bermaksud Tax Identification Number atau Nombor Pengenalan Cukai.
Ia bukan nombor yang dikeluarkan khas oleh Shopee.
TIN ialah nombor pengenalan cukai yang terdapat dalam rekod HASiL.
Dalam Payment & Tax Information, Shopee meminta pengguna yang mempunyai TIN memasukkan nombor tersebut seperti yang didaftarkan dalam Portal MyTax dan memastikan format TIN termasuk kod awalan yang betul.
Jika anda tidak tahu TIN anda, jangan masukkan nombor IC atau nombor rawak.
TAZC telah menyediakan panduan lengkap mengenai perkara ini:
Nombor TIN: Apa Itu TIN dan Cara Semak Nombor Cukai Pendapatan
Panduan tersebut menerangkan cara menyemak TIN melalui MyTax dan apa yang perlu dilakukan jika TIN anda tidak ditemui.
3. Masukkan Maklumat Bank
Selain Tax Information, anda perlu melengkapkan Payment Information.
Bagi akaun tempatan, Shopee meminta:
- nama bank;
- nombor akaun bank; dan
- bank statement header.
Pastikan maklumat bank adalah tepat dan dokumen yang dimuat naik jelas.
Shopee menyatakan maklumat nama, identification details, bank information dan supporting documents perlu tepat sebelum submission dibuat.
4. Submit Payment & Tax Information
Selepas semuanya lengkap:
Semak maklumat → tandakan declaration → Submit
Maklumat tersebut kemudian akan dihantar untuk review.
Shopee menyatakan proses review lazimnya mengambil sekitar 7 hingga 21 hari bekerja, tertakluk kepada maklumat yang lengkap dan sah.
Jika submission ditolak dan anda membuat pembetulan serta menghantar semula, review baharu boleh mengambil tempoh 7 hingga 21 hari bekerja lagi.
Bila Komisen Shopee Affiliate Boleh Dibayar?
Bagi Local Individual, Shopee kini menggunakan Daily Affiliate Billing.
Selepas sesuatu komisen berjaya divalidasi, commission bill dijana pada hari berikutnya. Eligible commissions kemudiannya digabungkan ke dalam payout record berdasarkan jenis pembayaran.
Tetapi terdapat satu syarat penting:
Payment Information dan Tax Information perlu mendapat kelulusan sebelum anda layak menerima commission payout.
Jadi flow sebenar lebih tepat digambarkan seperti ini:
Daftar Affiliate
↓
Promote Produk
↓
Dapat Order
↓
Komisen Dijana & Divalidasi
↓
Payment + Tax Information Diluluskan
↓
Payout Diproses
↓
Duit Masuk Bank
Ini juga menjelaskan kenapa seseorang boleh nampak pendapatan dalam Shopee Affiliate tetapi pembayaran belum diterima.
Berapa Lama Duit Shopee Affiliate Masuk?
Shopee menyatakan garis masa standard pembayaran komisen adalah sekitar 14 hingga 60 hari kalendar daripada tarikh “Pesanan Diterima”, bergantung kepada proses validation dan payment yang berkaitan.
Bagi Local Individual dengan Daily Affiliate Billing, selepas pesanan selesai dan berjaya divalidasi, bil harian akan dijana sebelum bergerak ke payout record dan proses pembayaran.
Komisen yang mempunyai bill bertarikh sebelum Payment & Tax Information diluluskan pula dianggap sebagai accrual payments dan Shopee menyatakan pembayaran tersebut dijangka mengambil kira-kira 1.5 hingga 2 bulan.
Jadi jangan anggap komisen akan terus masuk bank sebaik sahaja buyer menerima barang.
Apa Jadi Kalau Tak Lengkapkan TIN dan Payment Information?
Anda masih boleh mempunyai komisen yang belum dibayar.
Tetapi Shopee menyatakan affiliate tidak layak menerima commission payouts sehingga Payment Information dan Tax Information kedua-duanya diluluskan.
Lebih penting, Shopee menyatakan unvalidated commissions bagi affiliate yang belum menghantar Payment & Tax Information kekal sah sehingga 12 bulan. Submission perlu dilengkapkan dalam tempoh tersebut bagi mengelakkan komisen berpotensi dilucutkan.
Jadi jangan tunggu sehingga komisen sudah banyak baru hendak setup bahagian pembayaran.
Selepas akaun affiliate aktif, selesaikan Payment & Tax Information seawal mungkin.
Ada Caj untuk Shopee Affiliate?
Mendaftar sebagai affiliate tidak bermaksud anda perlu membeli produk atau membayar yuran pendaftaran untuk menyertai program.
Namun, terdapat caj berkaitan pembayaran komisen.
Mulai 8 Jun 2025, Shopee mengenakan 1% service fee ke atas jumlah komisen dalam setiap affiliate payment bill. Shopee turut mengenakan 8% SST ke atas service fee tersebut. Komisen daripada YouTube Shopping dikecualikan daripada service fee ini.
Contoh yang diberikan Shopee:
| Perkara | Jumlah |
|---|---|
| Validated Commission | RM500.00 |
| 1% Service Fee | RM5.00 |
| 8% SST atas Service Fee | RM0.40 |
| Payable Commission | RM494.60 |
Ini ialah contoh pengiraan rasmi yang diberikan Shopee bagi menerangkan service fee.
Perlu Bayar Cukai Kalau Buat Shopee Affiliate?
Pendapatan affiliate bukan sesuatu yang patut dianggap automatik “tak perlu declare” hanya kerana ia side income.
HASiL menganggap aktiviti ekonomi yang menggunakan teknologi digital sebagai sebahagian daripada perniagaan digital dalam keadaan yang berkaitan dan menyatakan peniaga digital perlu mempunyai nombor cukai pendapatan serta melaporkan pendapatan yang diterima.
Sebab itu apabila pendapatan affiliate semakin konsisten, simpan rekod dengan teratur seperti:
- laporan komisen;
- payout records;
- penyata bank;
- invois atau self-billed e-Invoice berkaitan;
- perbelanjaan berkaitan aktiviti;
- resit; dan
- dokumen cukai.
TIN pula digunakan sebagai sebahagian daripada maklumat percukaian anda.
Tips Selepas Berjaya Daftar Shopee Affiliate
Selepas memahami cara daftar Shopee Affiliate, jangan terus fikir anda perlu mempromosikan sebanyak mungkin produk.
Lebih baik bina kandungan yang benar-benar membantu pengguna membuat keputusan.
Contohnya, daripada sekadar:
“Korang beli barang ni, murah!”
anda boleh menghasilkan kandungan seperti:
“Aku dah cuba tiga jenis portable fan bawah RM50. Yang ni paling senyap kalau nak letak atas meja kerja.”
Kemudian tunjuk penggunaan sebenar, kelebihan, kekurangan dan siapa yang sesuai menggunakan produk tersebut.
Kandungan seperti ini memberikan sebab kepada pengguna untuk menonton dan mempertimbangkan produk, bukan sekadar meminta mereka klik affiliate link.
Kesilapan Biasa Beginner Shopee Affiliate
Antara kesilapan yang boleh dielakkan ialah:
- menggunakan akaun media sosial private ketika memohon;
- memasukkan maklumat pendaftaran yang tidak tepat;
- tidak menyambungkan akaun media sosial dengan betul;
- hanya spam affiliate link tanpa menghasilkan content;
- tidak memeriksa kadar komisen sebelum memilih produk;
- menganggap semua produk mempunyai kadar komisen sama;
- tidak melengkapkan Payment & Tax Information;
- tidak menyemak TIN;
- memasukkan nombor IC sebagai TIN;
- menggunakan maklumat bank yang salah; dan
- tidak menyemak status Payment Settings selepas submission.
Selesaikan perkara asas ini terlebih dahulu supaya masalah pembayaran tidak hanya disedari selepas komisen sudah terkumpul.
Checklist Cara Daftar Shopee Affiliate
| Checklist | Status |
|---|---|
| Akaun Shopee aktif | ☐ |
| Berumur 18 tahun ke atas | ☐ |
| Akaun media sosial public | ☐ |
| Media sosial berjaya disambungkan | ☐ |
| Pendaftaran Shopee Affiliate selesai | ☐ |
| Semak nombor TIN | ☐ |
| Tax Information dihantar | ☐ |
| Payment Information dihantar | ☐ |
| Payment & Tax Information Approved | ☐ |
Soalan Lazim Shopee Affiliate
Macam mana cara daftar Shopee Affiliate?
Buka aplikasi Shopee dan pergi ke Me → Shopee Affiliate. Pilih jenis akaun, masukkan platform promosi, sambungkan akaun media sosial, lengkapkan contact details dan hantar declaration.
Daftar Shopee Affiliate kena bayar?
Pendaftaran Shopee Affiliate adalah percuma. Shopee menyatakan program ini boleh disertai tanpa yuran pendaftaran.
Berapa followers diperlukan untuk Shopee Affiliate?
Panduan pendaftaran umum Shopee Affiliate semasa tidak menyenaraikan minimum followers. Namun, akaun media sosial perlu public. Program atau kempen tertentu boleh mempunyai syarat follower tersendiri.
Perlu TIN untuk daftar Shopee Affiliate?
TIN berada dalam proses Payment & Tax Information, bukan langkah asas untuk menghubungkan akaun media sosial dalam flow pendaftaran yang diterangkan Shopee. Namun, Payment & Tax Information perlu diluluskan sebelum payout komisen boleh diproses.
Kalau tak isi TIN, komisen hilang?
Shopee menyatakan affiliate yang Payment & Tax Information belum diluluskan tidak layak menerima payout. Shopee turut menyatakan unvalidated commissions bagi affiliate yang belum menghantar maklumat tersebut kekal sah sehingga 12 bulan; submission perlu diselesaikan dalam tempoh itu untuk mengelakkan forfeiture.
Di mana nak cari nombor TIN?
TIN boleh disemak melalui Portal MyTax HASiL. Untuk panduan langkah demi langkah, baca artikel TAZC mengenai cara semak nombor TIN.
Berapa lama Shopee approve Payment & Tax Information?
Shopee menyatakan review biasanya mengambil masa sekitar 7–21 hari bekerja, tertakluk kepada maklumat dan dokumen yang lengkap serta sah.
Bila komisen Shopee Affiliate masuk bank?
Shopee menyatakan garis masa standard adalah sekitar 14–60 hari kalendar daripada tarikh Pesanan Diterima, bergantung kepada proses validation dan pembayaran.
Kesimpulan
Cara daftar Shopee Affiliate sebenarnya agak mudah. Anda perlu mempunyai akaun Shopee, memenuhi syarat program, menyambungkan akaun media sosial yang public dan melengkapkan proses pendaftaran yang ditetapkan Shopee.
Selepas diluluskan, anda boleh mula mempromosikan produk dan menjana komisen daripada pembelian yang layak.
Tetapi jangan berhenti setakat berjaya mendaftar.
Jika mahu menerima pembayaran komisen, pastikan Payment Information dan Tax Information turut dilengkapkan dan diluluskan. Antara maklumat penting dalam bahagian tersebut ialah akaun bank dan TIN.
Jika anda tidak tahu nombor TIN anda, rujuk panduan TAZC mengenai Nombor TIN dan cara semak melalui MyTax.
Bagi affiliate, seller atau individu yang mula menjana pendapatan daripada platform digital, rekod pendapatan dan urusan cukai juga perlu diuruskan dengan betul.
Jika anda perlukan bantuan berkaitan TIN, cukai pendapatan atau pengurusan akaun untuk pendapatan digital, hubungi TAZC melalui WhatsApp untuk berbincang dengan team kami.





