[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.22″][et_pb_row _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text _builder_version=”4.0.11″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” hover_enabled=”0″ text_text_color=”#000000″ text_font_size=”20px” text_line_height=”1.8em”]Anda sudah pasti tahu jenis cukai-cukai yang ada di Malaysia. Namun masih ramai yang tidak tahu cara dapat pelepasan cukai kerajaan.
Ramai yang salah sangka tentang cukai. Ramai juga yang menganggap cukai merupakan beban lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai tanggungan isi rumah yang agak tinggi pada setiap bulan.
Sejak tahun 2016, majikan yang menyediakan dan memberikan peluang pekerjaan kepada kira-kira 50,000 Orang Kurang Upaya (OKU) akal, akan diberikan pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak dua kali ganda.
Bagi bekas banduan dan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang diberikan kerja oleh majikan, syarikat tersebut berhak mendapat insentif cukai daripada kerajaan.
Setiap majikan (pembayar cukai yang mempunyai perniagaan berdaftar termasuklah perniagaan tunggal) layak mendapatkan insentif pelepasan cukai ini sekiranya mereka menjalankan perniagaan dan membayar cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Jadi itulah caranya untuk anda dapat pelepasan cukai kerajaan. Sisi baiknya, bukan sahaja anda dapat pelepasan cukai, tetapi anda juga dapat memberikan peluang pekerjaan dan tempat bekerja yang lebih baik kepada pekerja anda.
Jika anda tertanya-tanya cara untuk mendapatkan pelepasan cukai ini, teruskan membaca kerana artikel ini mengulas lebih lanjut tentang topik ini.
Adakah Cukai Yang Dikenakan Oleh Kerajaan Beban?
Tetapi tahukah anda, anda mungkin layak untuk mendapatkan pelepasan cukai?
Bagaimana?
Caranya adalah menolak daripada perbelajaan atau perkara yang dibenarkan untuk ditolak daripada jumlah pendapatan tahunan supaya dapat mengurangkan pendapatan bercukai.
Adakah Sesebuah Syarikat Boleh Mendapatkan Pelepasan Cukai Daripada Kerajaan?
Sudah tentu boleh. Mana-mana syarikat atau majikan yang membayar gaji pekerja pada setiap bulan layak mendapat pelepasan atau pengecualian cukai dari kerajaan.
Ini caranya untuk dapatkan pelepasan cukai kerajaan.
Membuka Dan Memberikan Peluang Pekerjaan Kepada Individu Orang Kurang Upaya (OKU)
Malah, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Wan Zulkifli Wan Setapa berkata pelepasan cukai 1/10 juga akan diberikan kepada majikan daripada perbeleanjaan keseluruhan menyediakan kemudahan seperti tandas dan bangunan mesra OKU setiap 10 tahun.
Syarikat Korporat Yang Mengambil Bekas Banduan Sebagai Kakitangan Akan Mendapat Insentif Cukai
Namun tawaran ini hanya untuk kakitangan yang bergaji bulanan tidak melebihi RM4,000
Di samping itu, bantuan tahunan sebanyak RM500 juga layak diterima oleh pesara. Ini merupakan usaha kerajaan yang dibentangkan pada Bajet 2019 untuk membantu golongan yang memerlukan.
Pelepasan Cukai Dengan Membantu Bayar Hutang PTPTN Kakitangan
Syaratnya adalah seperti berikut:
- Majikan membuat bayaran hutang PTPTN bagi pihak pekerja;
- Taraf pekerjaan pekerja adalah Sepenuh Masa; dan
- Pekerja tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran sebagai balasan kepada pembayaran hutang PTPTN yang telah dijelaskan oleh majikan.
Tetapi, tiada amaun minimum atau maksimum bayaran balik hutang PTPTN yang diperlukan untuk syarikat atau majikan menikmati insentif ini.
Apa-apa jumlah bayaran balik yang telah dibuat oleh majikan, mereka layak untuk mendapatkan potongan cukai.
Untuk itu, majikan boleh mengeluarkan sendiri resit yang telah dicetak sebaik sahaja bayaran telah dibuat melalui portal rasmi PTPTN barulah ianya boleh dijadikan bukti pembayaran atau penyelesaian hutang.
Adakah Jika Anda Majikan Dan Anda Sendiri Pekerja Anda Boleh Mendapat Insentif Cukai PTPTN?
Jawapan mudahnya tidak.
Hal ini kerana insentif kerajaan diberikan kepada majikan untuk membantu pekerja atau kakitangan untuk membayar semula hutang PTPTN mereka.
Selain daripada majikan itu sendiri, kategori kakitangan yang tidak layak mendapat insentif ini adalah pasangan kepada majikan, anak, cucu dan adik beradik sendiri.
Kesimpulan
Tidakkah ini akan menggembirakan pekerja anda?
Sudah tentu ya. Apabila pekerja anda mendapat lebih banyak faedah, lebih banyak motivasi mereka ada untuk bekerja.
Seperti ‘win-win situation’. Mereka gembira bekerja dan anda senang hati melihat perubahan positif dalam syarikat anda.
Jika anda mahukan khidmat akauntan untuk menguruskan cukai anda dengan baik, Tengku Azrul & Co menyediakan khidmat seperti:
Penyediaan Rancangan Perniagaan
Penyediaan Kertas Kerja Untuk Tujuan Pembiayaan
Konsultasi Perangkaan Kewangan
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row _builder_version=”4.0.11″][et_pb_column _builder_version=”4.0.11″ type=”4_4″][et_pb_button button_text=”Klik Sini Untuk Menghubungi TAZC” _builder_version=”4.0.11″ button_url=”https://www.tazc.com.my/contact/” hover_enabled=”0″ button_alignment=”center”][/et_pb_button][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]