Contoh proposal perniagaan merujuk kepada dokumen contoh yang menggambarkan secara praktikal bagaimana sebuah proposal perniagaan sepatutnya disusun. Ia merangkumi elemen-elemen seperti ringkasan eksekutif, penyediaan latar belakang perniagaan, analisis pasaran, strategi pemasaran, rancangan operasi, jangkaan kewangan, serta risiko dan cadangan.
Contoh proposal perniagaan memberikan pandangan kepada pembaca mengenai struktur dan kandungan yang perlu ada dalam proposal perniagaan yang lengkap dan berkesan. Ia juga boleh menjadi sumber inspirasi bagi mereka yang ingin menyusun proposal perniagaan untuk idea perniagaan mereka sendiri.
Dengan melihat contoh-contoh yang sedia ada, individu boleh belajar bagaimana menyusun dan menyampaikan maklumat dengan cara yang sistematik dan meyakinkan. Ini membolehkan mereka untuk memahami tahap-tahap yang diperlukan untuk menyusun proposal perniagaan yang berpotensi mendapat sokongan dan pembiayaan dari pihak luar.
Contoh Proposal Perniagaan
Perancangan yang tersusun akan memastikan sesuatu pekerjaan itu berjalan dengan lancar. Begitu juga dalam bidang perniagaan.
Turut dikenali sebagai rancangan perniagaan, kertas kerja perniagaan atau proposal perniagaan merupakan langkah pertama sebelum sejumlah wang dilaburkan atau mendapatkan pembiayaan.
Jika tiada perancangan yang teratur, maka anda perlu bersedia dengan kerugian daripada wang yang dilaburkan.
Sekiranya anda mahu menceburi bidang perniagaan, kami kongsikan contoh proposal perniagaan yang anda boleh rujuk.
TENGKU AZRUL & CO
Apa Itu Kertas Kerja Proposal Perniagaan?
Untuk anda yang masih baru mendengar istilah ini, kertas kerja perniagaan adalah dokumen bertulis yang memperincikan secara menyeluruh berkenaan perniagaan yang hendak dijalankan.
Ia juga dirujuk sebagai pelan induk perniagaan yang menjelaskan kajian yang telah dilakukan dan strategi yang boleh diambil pada masa akan datang untuk membangun dan memajukan sesebuah perniagaan, jangkaan dan kaedah pelaksanaan.
Kertas kerja perniagaan yang tersusun dan teratur dengan butiran lengkap memberikan peluang yang cerah untuk menjadikan sesuatu perniagaan itu berkembang maju.
Kebiasaannya, rancangan perniagaan dilengkapi dengan rekod dan data tentang perniagaan, data perdagangan, penyelidikan pasaran, statistik dan sebagainya.
Selain seperti yang disebutkan di atas, kertas kerja perniagaan turut penting untuk :
- Memberi keyakinan kepada pihak lain seperti bank bahawa perniagaan yang hendak dijalankan itu berpotensi dan berdaya maju.
- Memberikan maklumat kepada bakal usahawan tentang halangan yang mungkin timbul sepanjang pelaksanaan perniagaan.
- Memberi anggaran keperluan sumber yang diperlukan untuk perniagaan.
Siapakah Yang Memerlukan Kertas Kerja Perniagaan?
Ada lima pihak yang memerlukan kertas kerja perniagaan.
1. Usahawan
Ini dapat membantu usahawan tersebut memahami dengan mendalam dalam apa yang hendak dilakukan.
Ia juga sebagai panduan untuk menguruskan perniagaan, untuk pelaburan, skim khas dan keperluan rakan kongsi.
2. Pihak Bank / Pelabur
Untuk melihat keperluan permohonan pembiayaan melalui pinjaman, skim khas dan pelaburan rakan kongsi.
3. Pembekal
Bertujuan menunjukkan keyakinan kepada pihak pembekal berkenaan kemantapan perancangan perniagaan anda sama ada diperolehi secara barangan atau kredit.
4. Pengeluar tender
Selain memberi keyakinan kepada pihak yang mengeluarkan tender atau kontrak, rancangan perniagaan juga bertujuan mengisi keperluan kontrak kerja secara baik dan berterusan.
5. Kakitangan
Memberi pendedahan kepada kakitangan terutama pihak atasan tentang tujuan perniagaan dan peranan yang boleh dimainkan.
Contoh Proposal Projek Syarikat Yang Anda Boleh Ikuti
Seperti yang ditekankan dari awal, penyediaan kertas kerja perniagaan perlu dilakukan secara teratur dan tersusun kerana ia akan memberi gambaran terhadap perancangan anda.
1. Pengenalan
Bahagian pertama pengenalan memberi gambaran umum tentang perniagaan yang akan diceburi.
Manakala bahagian kedua pula meliputi ringkasan eksekutif yang menjelaskan secara ringkas tentang syarikat dan perniagaan yang diwujudkan.
Ia perlu merangkumi
- Nama syarikat
- Jenis perniagaan
- Alamat perniagaan
- Status dan saiz projek
- Produk
- Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
- Peruntukan diperlukan
2. Tujuan
Nyatakan dengan jelas apakah tujuan Rancangan Kertas Kerja Perniagaan yang disediakan. Sebagai contoh:
- Merancang perjalanan projek
- Memohon pembiayaan daripada institusi kewangan
- Permohonan sewa tanah kerajaan atau swasta.
3. Latar Belakang Perniagaan
Sediakan maklumat asas perniagaan anda di bahagian ini berkenaan alamat, bentuk perniagaan, tarikh dan nombor pendaftaran, modal permulakaan dan pilihan bank untuk membuka akaun perniagaan.
4. Latar Belakang Pemegang Saham / Rakan Kongsi
Anda perlu menyatakan secara lengkap berkenaan nama penuh, nombor kad pengenalan tarikh lahir dan umur, alamat tetap, nombor telefon dan taraf perkahwinan.
Perlu juga dimasukkan tentang kelulusan akademik, kursus yang pernah dihadiri, kemahiran dan pengalaman, pekerjaan sekarang dan perniagaan yang pernah diceburi.
5. Kedudukan Projek
Memberikan lakaran atau plan yang menunjukkan kedudukan sebenar projek yang bakal dilaksanakan.
6. Objektif Projek
Anda boleh menyatakan matlamat projek untuk jangka masa pendek dan panjang perniagaan anda secara terperinci.
7. Rancangan Pentadbiran
Merangkumi struktur dan carta organisasi, senarai jawatan dan bilangan pekerja, tugas setiap kakitangan, jadual gaji, senarai keperluan pejabat dan perbelanjaan pentadbiran yang meliputi perbelanjaan aset dan bulanan serta lain-lain.
8. Rancangan Operasi
Terdapat 9 perkara dalam perancangan operasi iaitu;
- Carta aliran
- Unit pengeluaran
- Keperluan bahan
- Tenaga kerja
- Peralatan dan mesin
- Susun atur ruang operasi
- Lokasi
- Overhead operasi
- Perbelanjaan operasi
9. Merancang Pemasaran
- Perkhidmatan atau barangan yang ditawarkan
Sebagai usahawan anda perlu tahu bagaimana hendak mengaitkan keperluan atau kehendak sasaran pelanggan anda dengan khidmat dan barangan yang ditawarkan.
- Sasaran Pasaran
Nyatakan profil pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Ini termasuk mengenalpasti demografik pelanggan yang berbeza di kawasan yang sama.
- Saiz Pasaran
Bertujuan meramal jumlah perniagaan, nyatakan dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.
- Persaingan
Adalah lebih baik jika anda dapat mengenalpasti persaingan mengikut nama perniagaan mereka.
- Kekuatan dan Kelemahan Pesaing
Mengenalpasti apakah dua elemen bagi pesaing anda dapat membantu perniagaan anda diuruskan dengan baik.
- Syer Pasaran
Berkenaan pembahagian pasaran untuk perniagaan yang dijalankan.
- Jangkaan Jualan
Nyatakan apakah ramalan jualan anda bagi tempoh jangka masa pendek dan panjang.
- Strategi Pemasaran
Sebagai peniagam anda perlu nyatakan strategi yang hendak diambil bagi barangan, promosi, harga dan edaran.
10. Rancangan Kewangan
Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira di dalam kertas kerja perniagaan anda.
- Kos pelaksanaan projek dan sumber pembiayaan
- Sumber pembiayaan projek
- Nilai kini bersih
- Kadar pulangan dalaman
- Nisbah kaedah kos
- Tempoh pulang modal
Kesimpulan Tentang Cara Buat Kertas Kerja Perniagaan
Berikan rangkuman daripada kertas kerja perniagaan yang anda hendak jalankan. Perlu ingat tonjolkan keyakinan anda sebagai usahawan terhadap apa yang anda rancangkan.
Lampiran
Sertakan dokumen-dokumen sokongan seperti surat sebut harga, sijil kursus, surat dapat tender dan sijil pendaftaran syarikat.
Cara Buat Proposal Perniagaan
Jika anda memerlukan rujukan dalam bagaimana menyediakan kertas kerja perniagaan sama ada untuk makanan, percetakan dan perkhidmatan, anda boleh klik pada pautan di bawah.
- Kertas Kerja Catering
Kertas Kerja Restoran - Kertas Kerja Koperasi
- Kertas Kerja Kambing
- Kertas Kerja Jahitan
- Kertas Kerja Bakeri
Hari ini, ramai orang mula menceburi bidang perniagaan, sama ada secara offline atau online.
Sebelum memulakan perniagaan, adalah penting untuk anda menyediakan kertas kerja perniagaan supaya anda berada di landasan yang betul, sekaligus membantu anda mencapai matlamat.
Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam penyediaan kertas kerja perniagaan, anda boleh mendapatkan khidmat dari Tengku Azrul & Co.
Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.
Firma perakaunan ini mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun, menjadikan mereka cukup mahir dalam hal-hal berkaitan percukaian.
Tengku Azrul & Co turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:
Penyediaan Rancangan Perniagaan